Minggu, 01 Februari 2009

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT




Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk
yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap
itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000
sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk
yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya
20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah
aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan
sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya
sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka
itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah
yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail,
akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk
melihat syura
Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah
Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap
dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan
3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300
tahun
sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh
di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu

ia
berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku
memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,
lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat
dua rakaat
yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya
Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah
menyembunyikan redha-Nya dalam
taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam
maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha
Agung di
dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di
dalam bulan
Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di
dalam
solat (yang limawaktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)
hari kiamat
di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam

Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang
berkekalan
bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal
dunia...

Tidak ada komentar: